Tuesday, July 24, 2007

http://www.dermarian.com/pdspayakelubi

SEJARAH

Sebelum terbinanya Perpustakaan Desa Siber Ilmu ini, di Kg Paya Kelubi telah terbinanya Perpustakaan Desa yang pada masa itu dikenali sebagai Bilik Bacaan.

Bilik Bacaan ini telah didirikan pada tahun 1990 dan di bina berdekatan dengan rumah Pengerusi JKKK.Iaitu Encik Kamis bin Ya yang juga selaku Pengerusi Bilik Bacaan tersebut.Ketika itu tidak ada peruntukan tapak pembinaan jadi beliau telah memberikan sedikit ruang tanah untuk membina Bilik Bacaan tersebut.

Pada peringkat awalnya Bilik Bacaan hanya di bekalkan surat khabar dan majalah sahaja oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Selama perkhidmatan diujudkan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan juga telah menyertai berbagai pertandingan yang di anjurkan oleh Perpustakaan Awam Negeri Perlis.Pada penyertaan pertama dalam “ PERTANDINGAN BILIK BACAAN JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS 1993”.Telah mendapat tempat PERTAMA pada 29 Jun 1993 serta mendapat sijil penghargaan.

Pada tahun 1996 sekali lagi Bilik Bacaan menyertai “ PERTANDINGAN BILIK BACAAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN MEMBACA PERINGKAT NEGERI PERLIS 1996 ” sekali lagi Bilik Bacaan telah mendapat tempat PERTAMA pada 17 September 1996.Dan diberi sijil penghargaan.Diatas kemenangan- kemenangan yang di perolehi oleh Bilik Bacaan Paya Kelubi, Bilik Bacaan sentiasa di kunjungi dan dilawati oleh rombongan- rombongan dari luar Negeri Perlis.Hampir 10 tahun Bilik Bacaan telah memberi perkhidmatannya kepada masyarakat kampung dan juga penduduk-penduduk yang berdekatan.dengan jangka masa yg panjang itu..Bilik Bacaan tidak dapat memberikan perkhidmatan lagi kerana keadaan bangunanya yg bermasalah dan usang.semua perkhidmatan yang diberi terpaksa di tamatkan.

Pada awal tahun 2002, Encik Kamis bin Ya telah ditawarkan sebuah Perpustakaan Desa Siber Ilmu oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis untuk di dirikan di Kg paya Kelubi Ini, dan kebetulan pada ketika itu beliau telah memiliki tapak @ kawasan untuk pembinaan apa-apa bangunan atau dewan untuk kemudahan masyarakat kampung.Tanpa membuang masa beliau pun terus bersetuju untuk membina sebuah Perpustakaan Desa baru bagi mengantikan Bilik Bacaan yang lama di tapak baru.

Pada tahun 2002,dalam Rancangan Malaysia Ke8, Kerajaan Malaysia telah memberi sejumlah peruntukan kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis, dan hasil daripada peruntukan tersebut Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis telah memperuntukan sejumlah RM 54 ribu bagi mendirikan bangunan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Paya Kelubi.Setelah siap proses pembinaannya pada penghujung tahun 2002, perkhidmatan mula diberikan kepada penduduk-penduduk kampung dan masyarakat sekitar pada April 2003.Dengan itu maka terbinalah sebuah Perpustakaan Desa Siber Ilmu di Kampung Paya Kelubi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi para pengguna.

PENGENALAN

Perpustakaan Desa Siber Ilmu adalah sebuah Perpustakaan kecil yang ditempatkan di sesebuah kawasan.Tujuan penubuhan Perpustakaan Desa Siber Ilmu adalah untuk memudahkan masyarakat sekeliling menikmati kemudahan pembacaan, rujukan dan penyelidikan bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi Perpustakaan Desa.

Selain itu masyarakat sekeliling juga boleh menikmati kemudakan berkomputer (IT) yang di sediakan di Perpustakaan Desa Siber Ilmu, ini bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Paya Kelubi ini merupakan Perpustakaan Siber yang ketiga ditubuhkan.

Monday, July 23, 2007

KATA ALUAN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..
Terima Kasih di atas kesudian Anda kerana melayari laman web Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Paya Kelubi ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada A.J.K – A.J.K Perpustakaan Pesa Siber Ilmu dan juga rakan – rakan di atas kerjasama mereka dalam membantu saya menghasilkan laman web ini, bagi mempromosikan kewujudan PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU di Kampung Paya Kelubi ini.

Seandainya Anda ada sebarang nasihat, pandangan atau sebarang komen bolehlah emailkan terus kepada saya.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih...


lieza_siberpk@yahoo.com
(Petugas P.D.S.P.K)